Friday, October 29, 2010

Music

Kalu ada masa terluang, sia masih bermain muzik. Bermain Gitar Bassku. Saya bukanlah seorang pemuzik yang mahir, cuma saya sangat sukakan muzik. Saya boleh bermain Drum, Gitar & Bass. Sekarang saya memiliki 2 gitar Bass satunya Custom 5 strings & satunya gitar yang saya gunakan untuk merakam muzik video dibawah iaitu Ibanez GSR 396 6 Strings & saya memiliki sebiji gitar LTD by ESP dimana saya gunakan untuk merakam muzik untuk video satu lagi. Apa yang telah saya rakamkan ini adalah hasil yang tidak dirancang yang cuma mengisi masa lapang & bila saya terasa rindu.

Saya masih cintakan muzik.
Cuba untuk TERUS bermain & merakamkan muzik..
walaupun tidak seperti dahulu... - Nai Summernine



No comments:

Post a Comment